Monday, August 6, 2018

MAHKAMAH SYARIAH VERSUS MAHKAMAH SIVIL BERASASKAN PERUNTUKKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


NAMA AHLI KUMPULAN:

1.WAN NUR ASYIQIN BINTI WAN NAZMAN
2. NUR ASYIQIN BINTI AHMAD KHIDIR
3. PUTERI NUR SYUHADAH BINTI ABD JABAL
4. ANIS SHAFIQAH BINTI ZAMRI
5. ZULFATUL AKMAL BINTI MEGAT MOHD DESA
6. NORALEEYA SHAZWA BINTI MOHD AZRAM
7. NURUL ATIQAH BINTI JAMIAN

NAMA PENSYARAH :

 ENCIK SAIFUL NIZAM BIN MOKHTAR

NAMA JABATAN :

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

KELAS :

DGU1D


PRAKATA:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang membaca blog ini. Semoga kalian sentiasa sihat, aman dan makmur sejahtera. Blog kalini, kami ingin memaparkan sedikit penerangan tentang Pengajian Malaysia yang berkait dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Semoga kalian terus mendapat keberkatan ilmu yang bermanfaat. 

PENDAHULUAN :

Sistem pemerintahan Malaysia boleh dikatakan dibahagi kepada 3 bahagian utama iaitu : 

Perundangan, Pentadbiran dan Kehakiman. Fungsi utama kehakiman adalah untuk menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia. Badan kehakiman merupakan badan bebas daripada pengaruh eksekutif. Ketua bidang kehakiman adalah Ketua Hakim Negara dan Ketua Pendaftaran/Pejabat Pendaftaran sebagai ketua pendaftran mahkamah. 

Fungsi Badan Kehakiman ialah :

 Memastikan keadilan secara saksama, menyelesaikan pertikaian individu dengan individu dengan kerajaan, memutuskan samada mereka didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukan, mentafsir sesuatu undang-undang dan memliharan dan kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan. 


MAHKAMAH SYARIAH VERSUS MAHKAMAH SIVIL BERASASKAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
 KES INDIRA GHANDI :

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang Kuasa Mahkamah Syariah”, yang memberi maksud keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disentuh atau digugat oleh Mahkamah Sivil.

Presidennya, Musa Awang, berkata keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang membatalkan pengislaman tiga anak M Indira Gandhi dan Muhammad Ridzuan Abdullah tidak memberi kesan kepada hak penjagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan.

Katanya, keputusan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Indira hanya menyentuh aspek prosedur yang mungkin tidak dipatuhi, tetapi tidak bermaksud pengislaman kanak-kanak itu tidak sah dari segi undang-undang dan hukum Syarak.
“Semakan kehakiman adalah daripada segi prosedur. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi belum muktamad kerana perkara ini masih terbuka kepada rayuan dan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.

“Saya bersetuju satu rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu. Ini kerana dalam penghakiman itu terdapat suatu isu baru yang perlu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.

“Permohonan yang difailkan Indira ialah permohonan semakan kehakiman terhadap prosedur kemasukan Islam di jabatan agama Islam, sama ada mematuhi kehendak undang-undang atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan khas kepada The Malaysian Insider.

Musa berkata, isu baru yang perlu diputuskan mahkamah lebih tinggi ialah sama ada pengislaman tiga anak berkenaan mengikut perlembagaan dan hak asasi kerana tidak dilakukan di hadapan ibu dan anak-anak.

Minggu lalu, bekas suami Indira, Muhammad Ridzuan berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya.

Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.

Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.

Beliau berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.

Swee Seng berkata, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan.
Indira, seorang guru tadika, berkahwin dengan K Patmanathan kini 20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.

Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Ridzuan.

Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.

Penukaran agama itu tanpa pengetahuan Indira.

Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.
Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.
Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.

Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka.– 2 Ogos, 2013.


MAHKAMAH SYARIAH TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN:

1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH 

a) Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
b) Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c) Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d) Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazar
e) Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.

2. PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH 


a) Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
b) Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat
c) Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah
d) Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras
e) Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
f) Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas


BAHAGIAN -BAHAGIAN  DI BAWAH MAHKAMAH SIVIL



MAHKAMAH ATASAN:

MAHKAMAH PERSEKUTUAN 
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan se.mua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.

MAHKAMAH RAYUAN
Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
  • tuntutan melebihi RM10000
  • keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
  • rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.
MAHKAMAH TINGGI
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotorpenderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

MAHKAMAH RENDAH:

MAHKAMAH SESYEN
Mahkamah Sesyen adalah mahkamah tertinggi di kalangan mahkamah rendah
Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan, kecuali kesalahan yangmembawa hukuman mati
Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang selain hukuman mati
Bagi kes sivil, jumlah nilai yang dituntut tidak boleh melebihi RM250,000
Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk mendengar dan memutuskan sebarang tindakan berikut :
  • Mendapatkan semula harta tak alih
  • Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah untuk mengembalikan atau merampas harta daripada pemilik
  • Membicarakan kemalangan kenderaan bermotor
  • Tuan tanah dan penyewa tanah
  • Mengeluarkan writ atau waran dan saman


MAHKAMAH MAJISTRET
Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membicarakan individu yang berusia 10 hingga 18 tahun dan diberi kuasa membicarakan semua kesalahan kecuali yang membawa hukuman mati.
Perbicaraan akan diadakan secara tertutup dan orang awam tidak dibenarkan hadir.
Perkataan “sabitan” atau “hukuman” tidak boleh digunalan dalam perbicaraan mahkamah ini.
Pesalah akan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak sehingga berumur 21 tahun.
Ada juga pesalah yang dipenjarakan atas nama “anak angkat YDP Agong”.

JENIS-JENIS HUKUMAN SEBAT YANG MEMBEZAKAN               MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL.

CONTOH: SEBATAN SIVIL


CONTOH : SEBATAN SYARIAH

KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH

1 Mahkamah Syariah negeri ditubuhkan mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam negeri
2 Mahkamah Syariah hanya membicarakan kes sivil dan kes jenayah bagi orang-orang Islam.

Bidang Kuasa sivil Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes sivil yang berikut:
(a) pertunangan
(b) matrimoni (perkahwinan, perceraian, nafkah)
(c) hak terhadap anak
(d) wakaf dan warisan harta pusaka

Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah yang berikut:
(a) kesalahan matrimoni (berkahwin lebih daripada empat orang isteri)
(b) tidak membayar fitrah dan zakat (Baitulmal)
(c) kesalahan mengambil anak angkat
(d) persetubuhan haram/berzina
(e) tidak berpuasa
(f) berjudi
(g) jualan minuman keras
(h) menyebarkan agama
(i) berkhalwat
(j) menyertai pertandingan ratu cantik/memakai pakaian yang menjolok mata

Kakitangan Mahkamah Syariah
Mahkamah Rayuan Syariah
>Ketua Hakim Syariah  
  • rayuan didengar bersama-sama suatu panel
  • anggota panel terdiri daripada hakim mahkamah awam dan hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri-negeri yang lain.

Mahkamah Tinggi Syariah
  • Hakim Mahkamah Tinggi Syariah 
  • Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
  • Pendakwa Agama


Mahkamah Rendah Syariah
  • Hakim Mahkamah Rendah Syariah 
  • Pegawai Pemerksa Hal-ehwal Agama
  • Pendakwa Agama


BIDANG KUASA HUKUMAN MAHKAMAH SYARIAH

1 Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah
i   penjara tidak melebihi tiga tahun
ii  denda tidak melebihi RM5 000
iii  merotan tidak melebihi enam sebatan
iv  kombinasi mana-mana hukuman di atas
(b) Kes Sivil
pertikaian melebihi RM50 000


2. Mahkamah Rendah Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah
i  penjara tidak melebihi enam bulan
ii  denda tidak melebihi RM1 000
(b) Kes Sivil
perikaian tidak melebhi RM50 000

KESIMPULAN.

Perbincangan memperlihatkan tidak ada percanggahan dan konflik di antara bidang sivil dan syariah. Bidang sivil mempunyai hak dan kuasa secara luas, manakala mahkamah syariah mempunyai hak dan bidangnya yang tersendiri yang tidak boleh dicampur tangan oleh pihak sivil.
Persoalan yang berhubung dengan bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah bidang syariah.. Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah syariah, mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariah seperti memberi keterangan dan sebagainya.
Sebaliknya orang bukan Islam tidak boleh membawa persoalan yang berhubung dengan mahkamah syariah ke mahkamah sivil. Adalah tuduhan yang melulu dan tidak berasas jika dikatakan mahkamah syariah memberi keadilan kepada penganut Islam semata-mata..
Sesungguhnya memahami adalah lebih baik dari memusuhi. Pepatah ada mengatakan, `Manusia itu Memusuhi apa yang tidak diketahui`.

RUJUKAN

https://mischievouszee.wordpress.com/2015/08/.../kes-indira-ghand...
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_SyariahdiMalaysia
http://roy-nadzri.blogspot.com/2010/11/mengenali-mahkamah-syariah-dan-undang.html
















No comments:

Post a Comment